Sunday 20 November 2011

Projek guru kerja sembilan jam dibatalkan



Projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari bermula Januari ini di empat negeri tidak akan diteruskan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, langkah itu bertujuan mengelak salah sangka dan kekeliruan di kalangan masyarakat dan guru sendiri terhadap pelaksanaan program tersebut.

“Program itu juga tidak perlu diteruskan jika guru sendiri tidak memahami kehendak sebenar program tersebut yang bertujuan memperkasakan perkhidmatan guru di negara ini,” katanya yang juga menteri pelajaran.

Akhbar-akhbar media arus perdana hari ini melaporkan Muhyiddin berkata program berkenaan  tidak perlu diteruskan lagi, tetapi segala kajian yang dibuat akan diteliti secara lebih mendalam.

Muhyiddin juga dipetik berkata, projek itu sebenarnya tidak bertujuan membebankan guru-guru, tetapi adalah proses menambah baik bidang pendidikan.

“Saya tegaskan kita tidak harus bebankan guru kerana profesion perguruan ada keistimewaan dan berbeza dengan perkhidmatan awam lain.

“Profesion guru amat istimewa kerana mereka mendidik anak bangsa. Program ini akan memantapkan lagi perkhidmatan perguruan selain memberi impak lebih besar kepada bidang pendidikan negara,” katanya.

Sebelum ini, sejak Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong, awal bulan ini yang berkata, guru-guru di empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - akan bekerja sembilan jam sehari dibidas pelbagai pihak termasuk kesatuan guru dan pemimpin pembangkang.

Wee juga dilaporkan berkata apabila projek rintis itu meyakinkan dan kementeriannya dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah ia memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara.

Akhbar-akhbar jua melaporkan Muhyiddin, bagaimanapun berkata, projek rintis yang dimulakan di Melaka Tengah dan melibatkan 19 buah sekolah itu akan diteruskan seperti biasa.

6 comments:

tokek gekko said...

dah lama dah guru kerja lebih drpd 9 jam....cuma tak direkod shj.

masuk kelas jam 7.45 hingga 1.05 / 2.05 dah 5 hingga 6 jam lebih...kemudian tambah lagi kelas tambahan 2 jam sehari, dah jadi 8 jam.....ada lagi aktiviti waktu petang 2 jam lagi dah jadi 10 jam. itu pun tak kira aktiviti pada hari sabtu !!!!?????..

kalu dilaksanakan juga alamatnya negeri perintis ini jatuh ke tangan pembangkang le dlm pru13 nanti....mujur TPM kita sedar....

entah le pula kalu selepas PRU13 nanti...apa citenye.

hahahaaaaaa tau pun takut...hehehheee..

Anonymous said...

tahu takpe.....

hehe

Anonymous said...

ditambah pulak camping..24 jam .3 hari 2 malam hehehe...nak buat sesuatu kenalah tengok2 sikit.

Anonymous said...

betol betol betol....!!!!

tokek gekko said...

tapi kalu dilaksanakan juga... anggap le kerja sbg satu ibadah... dapat juga pahale nye....
heheeeeeee........
jadi cikgu ni peluang dpt pahale mmg banyak....ikhlas atawa tak ikhlas je.....kalu niat kerana Allah tak pe.

Anonymous said...

tokek gekko,
mmg betol ler tu, tidak ada yg tidak betol melainkan betol belaka.....

hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...