Tuesday 31 May 2011

Cuti tambahan

KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan. - Bernama

Thursday 26 May 2011

Sambutan Hari Guru

Wakil MGB Muar telah dapat bersama Tuan Pengarah, Timbalan Pengarah Pelajaran Johor, kontijen JPNJ dan exco MGB Johor meraikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada 16 Mei 2011 di Borneo Convention Centre, Kuching, Sarawak.

Tuesday 24 May 2011

DOKUMEN STANDARD PRESTASI


Untuk tindakan semua Guru Besar Daerah Muar/Ledang, sila klik di sini, terima kasih.

Friday 20 May 2011

Hari Guru Peringkat Daerah

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Muar dan Ledang tahun 2011 akan diadakan pada 23 Mei 2011 mulai jam 1.45 petang di Dewan Jubli Sultan Ibrahim, Tangkak. Semua Pengetua dan Guru Besar serta Pengerusi Kelab Bilik Guru adalah dijemput hadir.

Perasmian akan disempurnakan oleh YB IR Haji Hamim bin Samuri, Ahli Parlimen Ledang.

"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

lihat gambar-gambar di sini dan di sini, terima kasih.
(sumber gambar drp En Puniran Denan dan Tn Hj Afandi Salleh, jutaan terima kasih!)

Thursday 19 May 2011

Karnival Kokurikulum Akademik

Karnival Kokurikulum Akademik Sekolah Rendah Daerah Muar telah diadakan pada 14 Mei 2011 (Sabtu) bertempat di SK Ismail 1, SK Ismail 2 dan SK Parit Kadzi. Majlis penutupan rasminya telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad bin Othman, Pegawai Pelajaran Daerah, Muar

Wednesday 18 May 2011

berita baik....

Berita baik untuk guru: Kaedah baru kenaikan pangkat
16/05/2011 3:46pm

OLEH SAIFUL HAIZAN HASAM

KUCHING 16 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...