Wednesday 29 June 2011

Perhimpunan Bulanan Bil. 3/2011

Mesyuarat Pengurusan Sekolah dan Perhimpunan Bulanan PPD Muar Bil.3/2011 akan dijalankan mengikut ketetapan berikut ;
Tarikh        : 30 Jun 2011 (Khamis)
Masa          : 7.30 - 8.20 (Pendaftaran) - Minum pagi disediakan
Tempat      : Dewan Perdana Wawasan, PPD Muar
Pengerusi    : Tn. Hj. Ahmad bin Othman (Pegawai Pelajaran Daerah Muar)
Semua Pengetua dan Guru Besar diwajibkan hadir.

Friday 24 June 2011

Standard Kompetensi Ganti PTK ?

Seorang kawan yang bekerja di KPM bercerita, "Rakan2, saya baru sahaja kembali dari sesi mesyuarat dan bengkel di Avvilion Legacy, Melaka bagi pemurnian Standard Kompetensi yang bertujuan untuk menggantikan PTK. Ia sepatutnya dilaksanakan pada 1 Julai 2011 namun kerana terdapat bantahan dari CUEPACS, pelaksanaannya tertangguh.

Mengikut Standard Kompetensi (SK), terdapat empat dimensi/domain iaitu Pengetahuan dan Kemahiran (55%), Sahsiah dan Tingkah Laku(25%), Kreativiti dan Inovasi (10%) serta Potensi (10%). Dalam domain tersebut terdapat aspek2 yang dinilai dan ianya boleh disesuaikan oleh organisasi tersebut supaya tidak terikat dengan sesuatu perkara yang rigid. Oleh itu, rakan2 tunggulah pelaksanaannya."

Friday 17 June 2011

Haluan Kerja Pendidikan

Buku Haluan Kerja Pendidikan boleh download secara percuma untuk bacaan guru seluruh Malaysia dan linknya ada letakkan di bahagian bawah. Sebelum itu, marilah kita sama-sama melihat terlebih dahulu apakah isi kandungan buku tersebut. Antara isi kandungannya ialah seperti MBMMBI, Program Transformasi pendidikan, 1 Malaysia dan lain-lain lagi. Buku ini sesuai untuk jadi bahan rujukan dan simpanan guru-guru sama ada untuk bacaan atau pun sebagai bahan untuk membuat tugasan.

Isi Kandungan


1. Pendahuluan
                Hala Tuju 2010—2012
                Retrospeksi
                Daya Saing
                Ekonomi Pendapatan Tinggi
                Kelestarian Jati Diri

2. Agenda Transformasi Negara
                1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
                Program Tranformasi Kerajaan
                Program Transformasi Ekonomi
                Rancangan Malaysia Kesepuluh

Thursday 16 June 2011

Program Pengarah Turun Padang

Tarikh Program tersebut yang terkini adalah seperti berikut:

Tarikh : 22 Jun 2011 (Rabu)
Masa  : 8.00 pagi
Tempat : SMKA Maahad Muar
Kehadiran : Pengetua/Guru Besar

Sehubungan itu, pra-bengkel antara kumpulan bersama Pengerusi Bengkel dan fasilitator akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 17 Jun 2011 (Jumaat)
Masa  : 3.00 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Perdana, PPD Muar
Kehadiran : Pengetua/Guru Besar

Tuesday 14 June 2011

Selesai suda.....

Alhamdulillah, Persidangan GMGB Daerah Muar telah selamat diadakan dengan jayanya di Institut Latihan Perindustrian Ledang, Johor

Lihat gambar di sini.

Terima kasih.

Thursday 9 June 2011

Selamat bersidang!!!

Persidangan GMGB Daerah Muar akan diadakan mengikut ketetapan berikut;
Tarikh : 14 Jun 2011
Hari : Selasa
Masa :
7.30 - 8.30 pagi - Pendaftaran
8.30 - 4.30 petang - Persidangan
Tempat : Institut Latihan Perindustrian Ledang, Johor

Tuan/puan GB sendiri adalah diwajibkan hadir. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Tn Hj Masood bin Hj Idris di talian 012-6319837.

Terima kasih.

Wednesday 8 June 2011

Selamat bersara....

Selamat bersara diucapkan kepada Tn Hj Yusoff bin Mydin, Guru Besar SK Parit Bunga, merangkap Setiausaha MGB Daerah Muar. Semoga beliau sentiasa di dalam keberkatan dan keredhaan ALLAH SWT serta berbahagia bersama keluarga tercinta.

Sunday 5 June 2011

Atasi obesiti....

 
ISU obesiti semakin galak diperkatakan kebelakangan ini terutamanya melibatkan pelajar sekolah sehingga mendorong kerajaan mengeluarkan pekeliling untuk mencatat jisim indeks tubuh atau body mass index (BMI) di dalam laporan pelajar sekolah di negara kita.

Makanan berkolesterol tinggi seperti roti canai, nasi lemak, makanan dan minuman ringan, jeruk dan sebagainya dicadang supaya tidak lagi dijual di kantin-kantin sekolah dan ditukarkan dengan menu-menu lain yang lebih berkhasiat serta sesuai untuk pemakanan kanak-kanak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...