Sunday 20 November 2011

Projek guru kerja sembilan jam dibatalkan



Projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari bermula Januari ini di empat negeri tidak akan diteruskan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, langkah itu bertujuan mengelak salah sangka dan kekeliruan di kalangan masyarakat dan guru sendiri terhadap pelaksanaan program tersebut.

“Program itu juga tidak perlu diteruskan jika guru sendiri tidak memahami kehendak sebenar program tersebut yang bertujuan memperkasakan perkhidmatan guru di negara ini,” katanya yang juga menteri pelajaran.

Akhbar-akhbar media arus perdana hari ini melaporkan Muhyiddin berkata program berkenaan  tidak perlu diteruskan lagi, tetapi segala kajian yang dibuat akan diteliti secara lebih mendalam.

Muhyiddin juga dipetik berkata, projek itu sebenarnya tidak bertujuan membebankan guru-guru, tetapi adalah proses menambah baik bidang pendidikan.

“Saya tegaskan kita tidak harus bebankan guru kerana profesion perguruan ada keistimewaan dan berbeza dengan perkhidmatan awam lain.

“Profesion guru amat istimewa kerana mereka mendidik anak bangsa. Program ini akan memantapkan lagi perkhidmatan perguruan selain memberi impak lebih besar kepada bidang pendidikan negara,” katanya.

Sebelum ini, sejak Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong, awal bulan ini yang berkata, guru-guru di empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - akan bekerja sembilan jam sehari dibidas pelbagai pihak termasuk kesatuan guru dan pemimpin pembangkang.

Wee juga dilaporkan berkata apabila projek rintis itu meyakinkan dan kementeriannya dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah ia memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara.

Akhbar-akhbar jua melaporkan Muhyiddin, bagaimanapun berkata, projek rintis yang dimulakan di Melaka Tengah dan melibatkan 19 buah sekolah itu akan diteruskan seperti biasa.

Wednesday 9 November 2011

Lawatan ke pantai timur


MGB Daerah Muar akan menganjurkan lawatan penandaarasan ke Kelantan dan Terengganu pada 9 hingga 11 Disember 2011. Guru Besar yang berminat untuk menyertainya hendaklah menghubungi En Miswan bin Tori, GB SK Abdullah dengan kadar yang segera.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...