Tuesday 19 February 2013


PERHIMPUNAN BULANAN BIL 1/2013

Tindakan >> Pengetua dan Guru Besar.
Untuk makluman perhimpunan bulanan akan diadakan mengikut surat yang dilampirkan.
Sekian, terima kasih.

Sila lihat surat di sini, terima kasih.

Saturday 9 February 2013

Isu BISP

Sila baca di sini, terima kasih.

Kisah 50 sen


Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.

Awak tak rehat ke Alif? Ujar sy kpd pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.
Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi sy dpt la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Sy kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya.

Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dgn bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..
Mata saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh sy, bayangkan duit 50 sen yg diberi utk makan, dia infakkan 50 sen utk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.
Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan sy dgh pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.

Bagaimana pula dgn kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?

Thursday 7 February 2013

Lawan Tarik Tali, Pelajar Hilang Jari

Foto: AFP

LOS ANGELES – Dua orang  pelajar sekolah menengah atas South El Monte, Amerika Syarikat  kehilangan jarinya ketika mengikuti lawan tarik tali. Kedua-dua siswa itu terluka ketika tali yang ditariknya tiba-tiba terputus dan melukai jari mereka.

Mereka langsung dibawa ke rumah sakit terdekat. Pejabat SMA South EL Monte, Los Angeles mengatakan,pasukan perubatan telah selesai menjalani operasi untuk menyambungkan kembali jari mereka yang telah terputus.

“Saya juga memiliki anak dan kerana itu saya perihatin dengan   nahas yang menimpa mereka,”  kata Pengetua Sekolah SMA South El Monte Nick Salerno, seperti dikutip Reuters, Rabu (6/2/2013).

“Saya seringkali ikut sukan  tarik tali, namun tidak pernah melihat kecelakaan seperti itu. Tiba-tiba tali yang sedang mereka tarik terputus dan melukai jari mereka,” lanjut Salerno.

Salerno menyebutkan kedua-dua mangsa tersebut terdiri dari seorang  lelaki dan wanita. Mereka berdua terkenal aktif menjalani aktiviti olah raga yang diadakan di sekolah.

Pihak berwenang menolak tidak mahu mengungkap indentiti kedua-dua  mangsa, hanya disebutkan telah berada dalam kondisi yang stabil setelah menjalani operasi.

Sunday 3 February 2013

Santai


GURU BESAR BEROTAK KUNING, ADAKAH ANDA PUN BEGITU?


SEORANG GURU, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"
Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".
Cikgu Murni sudah tidak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat Guru Besar. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada Guru Besar.
Guru Besar mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Guru Besar dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.
Guru Besar : Apa jawapan 3 x 3?
Abu: 9
Guru Besar : Apa jawapan 6 x 6?
Abu: 36
Guru Besar terus bertanyakan soalan-soalan berdasarkan tahap pencapaian murid UPSR dan Abu mampu menjawab setiap soalan yang diberikan.
Lalu Guru Besar memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada Guru Besar, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Guru Besar dan Abu bersetuju.
Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf 'K' akhir dengan 'A', iaberbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa
Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna 'pink', bila keluar lembik dan melekit?
Mata Guru Besar terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, Abu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Guru Besar sekali lagi terbuka sangat-sangat luas dan sebelum dia sempat hendak menahan Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu
Cikgu Murni: Awak memasukkan batang ke dalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Guru Besar kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah
Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Guru Besar semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi Guru Besar rasa amat resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung
Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay
Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck
Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork
Cikgu Murni: What is it that all men have one of.
It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname
Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart
Guru Besar menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".

(NOTA : Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan Guru Besar yang mempunyai otak dan pemikiran kuning)

Friday 1 February 2013

Program MGB Muar 2013

CADANGAN PROGRAM TERANCANG
MAJLIS GURU BESAR DAERAH MUAR/LEDANG TAHUN 2013.

Sila lihat di sini. Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...