Tuesday 30 April 2013

PENCALONAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK) TAHUN 2013

Berikut adalah calon-calonnya:

Sekolah Tinggi Muar, 
SMK Dato Sri Amar DiRaja, 
SK Serom 4, 
SK Serom 8, 
SK Seri Jaya, 
SK Bukit Naning, 
SK Ladang Air Manis, 
SK Parit Zin, 
SK Parit Pechah, 
SK Parit Latif, 
SK Parit Bulat, 
SK Orangkaya Ali, 
SK Semaseh, 
SK Sultan Abu Bakar 1, 
SK Penchu, 
SK Parit Keroma Darat.

Tahniah!!!!

MSSJ 2013


Sila klik di sini untuk untuk melihat gambar-gambar yang lain. Terima kasih.

Sarana Ibu Bapa & Sarana Sekolah


Sila klik di sini untuk melihat gambar-gambar yang lain. Terima kasih

Perhimpunan Bulanan Pendidikan PPD Muar Bil. 2/2013


 Sila klik di sini untuk melihat gambar-gambar yang lain, terima kasih.

Tuesday 2 April 2013

Cuaca panas


Sedikit info yang kami ingin kongsikan..maklumlah..sekarang ni cuaca memang panas...

Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai


1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko: Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan,

tentera, polis dan lain-lain. Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda). Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Penghidap penyakit sistem pernafasan. Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.

3. Gejala cuaca panas melampau adalah : Sakit kepala, Keletihan, Lemah tumpuan, Pening, Lemah otot–otot atau kekejangan, Mual dan muntah, Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

8 Langkah Melakukan Perubahan


Sila baca di sini, terima kasih.



Program PTP 2013


JADUAL PEMANTAUAN PROGRAM PENGARAH TURUN PADANG

Tindakan >> Pengetua dan Guru Besar,
Sila gunakan jadual Pemantauan Program Pengarah Turun Padang yang dilampirkan. Namun begitu, jika terdapat sebarang perubahan, pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan memaklumkan kemudian.

Monday 1 April 2013

DG 44

Seramai 18 orang GB dari daerah Muar dan Ledang menerima surat kenaikan ke gred dg44 petang tadi. Majlis penyampaian surat tersebut disempurnakan oleh Tn Hj Sahabuddin bin Jazuli, Timbalan PPD Muar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...