Tuesday 16 December 2014

Monday 15 December 2014

pertukaran/kenaikan pangkat mulai 1 Disember 2014


pertukaran/kenaikan pangkat mulai 1 Disember 2014

1. SHAHABUDIAN BIN ISHAK
GB SK PAYA REDAN bertukar sbg
GB SK PT PINANG SERIBU

2. HASHIM BIN ABAS
GB SK BKT BANJAR bertukar sbg
GB SK LKTP BATU 27

Monday 1 December 2014

Kisah Sedih Ayub Viral Di Facebook - Guru Contoh Yg Perlu Semua Guru Ikuti.


* Saya perlu menceritakan kisah ini.

Ayub bin Mohadjar, anak orang kampung sahaja. Adik beradiknya sangat ramai. Pernah dahulu saya mengajar abangnya Syuaib dan tahun lalu kakaknya Siti Khadijah. Ayub mempunyai dua lagi adiknya di Tahun 5, 3 dan 2. Masih ada kakak yang bersekolah di sekolah menengah harian. Bermakna tujuh kesemuanya.

Sunday 16 November 2014

meninggal dunia

EN. HASREZAL BIN HASSAN, Guru Besar SK Durian Chondong telah kembali ke rahmatullah pd mlm tadi dan dikebumikan pagi ini. Takziah kepada keluarga Allahyarham, alFatihah!

Saturday 15 November 2014

lanjutan


kepada semua peminat membina blog, nantikan pengumumannya.....!!!!

Thursday 13 November 2014

bengkel ICT kumpulan B


Tahniah kepada semua peserta kumpulan B, anda semua hebat!

sebelum berbengkel, kita minum dulu! 

Tuesday 4 November 2014

bengkel ICT (bina blog)


BENGKEL ICT (BINA BLOG) UNTUK GURU BESAR DAERAH MUAR DAN LEDANG TAHUN 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa bengkel tersebut akan diadakan sepertimana ketetapan yang berikut :-
12 Nov 2014 – Semua Guru Besar seperti dalam Kumpulan A (Rabu)
13 Nov 2014 – Semua Guru Besar seperti dalam Kumpulan B (Khamis)
Masa               :           8.00 pagi – 4.30 petang
Tempat            :           PKG Parit Jawa, Muar
Sehubungan itu, tuan/puan sendiri adalah diminta untuk hadir (tanpa wakil) bagi mengikuti bengkel tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi En Yusof bin Sipan, Guru Besar, SK Sri Jamil di talian 06-9872232 atau 019-6287872.

Monday 13 October 2014

Persidangan MGB daerah Muar & Ledang tahun 2014

Semua Guru Besar SK, SJKC dan SJKT daerah Muar dan Ledang, dimaklumkan bahawa persidangan tersebut akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 28 - 30 Oktober 2014

Hari: Selasa hingga Khamis

Tempat: Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre (PRCC)
Batu 13, Jalan Pantai, Pasir Panjang, Si Rusa, Port Dickson.

Pengangkutan: Bas (7.00 pagi berkumpul di perkarangan PPD Muar)

Tuan/puan diwajibkan hadir dan tidak boleh diwakili. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Miswan bin Tori, setiausaha MGB Daerah Muar dan Ledang di talian 013-6314470.

Sunday 12 October 2014

Bengkel ICT (membina blog) untuk GB


Semua Guru Besar yang berminat sila beri nama kepada Pengerusi Zon masing-masing sebelum atau pada 19 Oktober 2014, 'first come first serve', tempat terhad. Program akan diadakan pada 11 dan 12 November 2014 di PKG Parit Jawa. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi admin, terima kasih.


Saturday 11 October 2014

guru membelasah dan mencampak murid ke dalam longkang?


Kluang  – Seorang murid tahun lima di sini, mendakwa dia dibelasah dan dicampak ke dalam longkang oleh seorang guru sekolahnya.

Murid berkenaan, Mohamad Sharhan Badrulhisham, 11, turut mendakwa diberi amaran akan dikeluarkan dari sekolah berkenaan pada sesi persekolahan akan datang.

Friday 10 October 2014

Bajet 2015, ini yang kakitangan awam dapat

Berita bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 bakal dinikmati kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Notis mesyuarat agung MGB Muar tahun 2014

Sila rujuk surat.

Wednesday 1 October 2014

mesyuarat ajk MGB

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada hari Khamis, 2 Oktober 2014 jam 10.00 pagi di SK Temiang, Muar. Semua ajk yang terlibat dikhendaki hadir. Terima kasih.


Monday 29 September 2014

Cuti umum dan cuti sekolah 2015

Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2015 Malaysia.
Sila lihat di sini, terima kasih.


Wednesday 24 September 2014

10 universiti terbaik dunia

Rabu, 24 September 2014


Massachusetts Institute of Technology (MIT) terus mengungguli tempat pertama dalam senarai universiti-universiti terbaik dunia.

Universiti dari Amerika Syarikat (AS) yang terkenal dengan ilmu pengetahuan dan teknologi kajian itu berada di kedudukan teratas selama tiga tahun berturut-turut menurut QS World University Rankings.

Tuesday 23 September 2014

Matematik dan Bahasa Tamil UPSR pula batal

Isnin, 22 September 2014


Kenyataan akhbar Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia berkaitan pembatalan ujian mata pelajaran Mathematics & Bahasa Tamil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (Upsr) Tahun 2014, sila baca di sini.


Thursday 11 September 2014

UPSR bocor memalukan tetapi tidak mengejutkan, kata PAGE

Khamis, 11 September 2014


Berita kebocoran kertas peperiksaan Sains Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak mengejutkan kumpulan Parent Action Group for Education (Page) kerana kejadian serupa didakwanya berlaku hampir setiap tahun.

Bagaimanapun, pengerusi Page Datin Noor Azimah Abdul Rahim menyifatkan kebocoran soalan kertas peperiksaan 018, 023 dan 038 itu "berita yang sangat buruk."

Tuesday 9 September 2014

mesyuarat AJK


Mesyuarat AJK MGB Daerah Muar akan diadakan pada hari Selasa, 9 September 2014 jam 2.15 ptg di SK Parit Bunga. Kehadiran diwajibkan.

Tuesday 2 September 2014

Gerak Gempur UPSR

Program Gerak Gempur UPSR bagi semua sekolah kebangsaan zon Sungai Balang telah diadakan di SK Parit No. 5 dari 17 hingga 20 Ogos 2014.

Friday 4 July 2014

bonus raya 2014


Putrajaya : Kerajaan bersetuju memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan (bonus Hari Raya 2014)  sebanyak RM500 sebagai persiapan hari raya Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bantuan khas atau bonus raya 2014 itu juga akan dinikmati oleh 684,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

Wednesday 2 July 2014

PPD Muar


Tahniah kepada En Puniran bin Denan yang telah dilantik sebagai PPD Muar yang baru, selamat menjalankan tugas tuan!

Friday 27 June 2014

Selamat berpuasa


Sila klik di sini untuk melihat jadual berbuka dan imsak bagi kawasan-kawasan di negeri Johor.

Wednesday 30 April 2014

buat renungan bersama....


Saya tidak mungkin melupakan segala-galanya sehingga roh berpisah dari jasad saya. 21 Mei 2006, lebih kurang jam 2.05 petang.

Sungguh Malaikat Izrail memasuki dalam kereta dan mencabut dua nyawa yang berada disisi saya. Cumanya ketika itu bukan giliran. Saya kira semua orang tidak menginginkannya termasuk saya. Kemalangan yang menjadi kejutan kepada golongan guru seluruh Negara. Dua tiga akhbar utama menyiarkan berita itu. Pada ketika itu perjalanan kami dari Johor Bharu ke Segamat usai latihan/pemilihan sepak takraw negeri Johor dan saya akan membawa skuad Johor ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Perak seingat saya. Fasa pertama latihan dan kami akan pulang dua malam ke rumah sebelum datang semula ke Johor Bahru untuk latihan selanjutnya. Namun segala-galanya ternoktah di atas lebuhraya utara selatan KM 50.2. Bermulalah satu perjalanan yang mencabar tetapi cukup mendewasakan. Menjadikan saya lebih berani dari semalam termasuk bercakap secara direct dengan ‘orang-orang besar’ dalam hirarki pentadbiran pelajaran negeri Johor.

Tuesday 18 March 2014

Penambahbaikan PBS

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.

PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).

Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan semata-mata.

Wednesday 5 March 2014

10 pelajar sekolah mati akibat denggi


PUTRAJAYA: Seramai 10 pelajar sekolah maut akibat demam denggi sejak sesi persekolahan dibuka pada Januari lalu.

 Timbalan Menteri Pelajaran II P. Kamalanathan berkata, daripada 18,165 kes demam denggi yang dilaporkan sejak Januari hingga 2 Mac, sebanyak 3,571 (19.6 peratus) kes melibatkan pelajar sekolah.

Friday 28 February 2014

program solat hajat dan pengurusan sk daerah Muar & Ledang


Tindakan: Semua Guru Besar Sekolah Kebangsaan Daerah Muar dan Ledang.

Sila hadir ke majlis tersebut di atas pada 2 Mac 2014 (Ahad) di SK Sungai Abong, Muar mulai jam 10.30 pagi. Sebarang pertanyaan sila hubungi Tuan Haji Lukman bin Simon di talian 019-6621722.


Wednesday 26 February 2014

mesyuarat JKKSR kali pertama 2014


Mesyuarat tersebut akan diadakan pada 26 Februari 2014, jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Gagasan, Pejabat Pendidikan Daerah Muar, dipengerusikan oleh Tn Hj Ahmad bin Othman, Pegawai Pendidikan Daerah Muar.

Semua yang terlibat diminta hadir, terima kasih.

Tuesday 25 February 2014

taklimat


Unit Psikologi dan Kaunseling PPD Muar akan mengadakan "Road Show" Taklimat Pengurusan Guru dan Staf Bermasalah (GSM) dan Menangani Kes Gangguan Seksual kepada Pentadbir Sekolah. Sehubungan itu, semua Pengetua dan Guru Besar daerah Muar dan Ledang dijemput untuk menghadiri taklimat tersebut pada hari ini jam 10.00 pagi hingga 4.30 ptg di Dewan Perdana Wawasan, PPD Muar.

Monday 24 February 2014

Karnival Pendidikan Islam Zon Sg Balang



Karnival tersebut akan diadakan pada 26 Februari 2014 (Rabu) jam 7.30 pagi bertempat di SK Parit Latiff, Muar.

Semua dijemput hadir.

Sunday 23 February 2014

Pelaksanaan PBS ditangguh sementara


KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditangguhkan sehingga ia dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, berkata kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS sedang dijalankan dan cadangan penambahbaikan akan dikemukakan kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk keputusan.

"Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga satu kenyataan mengenainya dibuat oleh KPM dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Thursday 20 February 2014

Guru membuat “gigitan cinta” dipenjara 6 bulan

Gambar hiasan
Singapura: Mahkamah republik ini semalam menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas seorang guru kerana berkelakuan tidak senonoh termasuk membuat “gigitan cinta” terhadap pelajarnya.

Guru wanita berusia 42 tahun itu melakukan perbuatan berkenaan ke atas pelajar lelaki berusia 13 tahun di sekolahnya. Dia yang mengajar sejak 11 tahun lalu dan ibu empat anak sebelum ini mengaku salah atas dua tuduhan serangan seksual terhadap kanak-kanak atau remaja di bawah Akta Kanak-kanak dan Remaja Singapura.

Mengikut fail mahkamah, wanita yang dirahsiakan identitinya itu dikatakan mencium mulut dan membuat gigitan cinta pada bahu dan leher pelajar lelaki itu dalam dua kejadian berasingan pada 2012. Dia mengenali pelajar yang berada dalam pasukan bola sepak bersama anak lelakinya dan mula berhubung melalui Facebook kemudiannya melakukan kesalahan itu di taman awam ketika mereka keluar bersama.

Ibu pelajar berkenaan membuat laporan polis selepas mengesan tanda gigitan cinta pada leher anaknya. - AFP/hmetro


Tuesday 18 February 2014

Sorotan kembali; Pelaksanaan PBS


Isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu isu pendidikan yang perlu diberi perhatian. Kejayaan PBS ini bergantung pada guru tersebut. Sekiranya guru menganggap PBS tidak penting  maka ia akan menyulitkan proses pelaksanaannya. Selain itu, dari segi kebolehpercayaan maklumat yang diambil pelaksanaan sistem PBS ( Mokhtar Ismail, 2009 ). Dalam konteks PBS tugas dan arahan tentang ujian diberi oleh guru kepada calon. Dahulu kita tahu, ia dipikul oleh Majlis Peperiksaan Malaysia tetapi dalam PBS guru  memberikan arahan dan tugas kepada calon. Kejayaannya bergantung pada sistem kepercayaan guru. Jika guru mempunyai sistem kepercayaan negatif terhadap PBS, maka nilai kebolehpercayaan yang rendah akan di perolehi terhadap tugasan atau kerja kursus yang dilaksanakan oleh calon. Ini akan memberi kesan terhadap kesahan  ujian berkenaan.

Perkara pokok yang perlu diberi perhatian ialah kesediaan murid sebagai calon PBS untuk mengambil ujian  berdasarkan perkembangan mental mereka. Isu ini mungkin tidak kritikal kerana dalam sistem pendidikan semua murid menghadapi kurikulum yang sama pada umur yang sama. Sekiranya ada isu yang timbul melibatkan murid lemah yang memerlukan pemulihan. Cara mereka diurus untuk mengambil ujian PBS merupakan suatu perkara yang perlu dipertimbangkan dan di ambil perhatian. Selain itu, PBS yang dilaksanakan memerlukan guru mengisi pelbagai jenis borang dan menganalisis markah pelajar yang mengambil masa yang lama.

Monday 17 February 2014

Banteras penjaja haram di sekolah


Tindakan penjaja tanpa lesen yang menjual makanan ringan tidak berkhasiat di perkarangan luar sekolah perlu dibanteras kerana boleh menjejaskan kesihatan murid.
Guru Besar Cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 2, Abdul Aziz Mohamed berkata, kandungan makanan ringan terutama yang diimport dari luar negara meragukan.
Beberapa kes bahan makanan dan susu formula bayi yang tercemar di luar negara khususnya di China yang ditarik balik dari pasaran wajar dijadikan teladan.
Jika berlaku sesuatu kepada murid, pihak sekolah yang akan dipertanggungjawabkan, walaupun jualan makanan atau minuman tidak berkhasiat itu dilakukan oleh mereka yang tidak mendapat kebenaran daripada kami," katanya ketika ditemui di pejabatnya dekat Shah Alam, Selangor baru- baru ini.

Penjaja tanpa lesen ini lazimnya beroperasi di kawasan pintu masuk sekolah dengan menggunakan kenderaan persendirian. Walaupun ada tanda larangan berniaga di kawasan luar premis sekolah namun tidak diendahkan oleh penjaja yang berurus niaga dengan membuka but kereta. Menurut Abdul Aziz, pihak sekolah tiada kuasa undang- undang untuk mengambil tindakan kepada penjaja terbabit kecuali memberi nasihat kepada murid- murid agar menjauhi makanan tidak berkhasiat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...