Friday 28 February 2014

program solat hajat dan pengurusan sk daerah Muar & Ledang


Tindakan: Semua Guru Besar Sekolah Kebangsaan Daerah Muar dan Ledang.

Sila hadir ke majlis tersebut di atas pada 2 Mac 2014 (Ahad) di SK Sungai Abong, Muar mulai jam 10.30 pagi. Sebarang pertanyaan sila hubungi Tuan Haji Lukman bin Simon di talian 019-6621722.


Wednesday 26 February 2014

mesyuarat JKKSR kali pertama 2014


Mesyuarat tersebut akan diadakan pada 26 Februari 2014, jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Gagasan, Pejabat Pendidikan Daerah Muar, dipengerusikan oleh Tn Hj Ahmad bin Othman, Pegawai Pendidikan Daerah Muar.

Semua yang terlibat diminta hadir, terima kasih.

Tuesday 25 February 2014

taklimat


Unit Psikologi dan Kaunseling PPD Muar akan mengadakan "Road Show" Taklimat Pengurusan Guru dan Staf Bermasalah (GSM) dan Menangani Kes Gangguan Seksual kepada Pentadbir Sekolah. Sehubungan itu, semua Pengetua dan Guru Besar daerah Muar dan Ledang dijemput untuk menghadiri taklimat tersebut pada hari ini jam 10.00 pagi hingga 4.30 ptg di Dewan Perdana Wawasan, PPD Muar.

Monday 24 February 2014

Karnival Pendidikan Islam Zon Sg Balang



Karnival tersebut akan diadakan pada 26 Februari 2014 (Rabu) jam 7.30 pagi bertempat di SK Parit Latiff, Muar.

Semua dijemput hadir.

Sunday 23 February 2014

Pelaksanaan PBS ditangguh sementara


KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ditangguhkan sehingga ia dimuktamadkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, berkata kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS sedang dijalankan dan cadangan penambahbaikan akan dikemukakan kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk keputusan.

"Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga satu kenyataan mengenainya dibuat oleh KPM dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Thursday 20 February 2014

Guru membuat “gigitan cinta” dipenjara 6 bulan

Gambar hiasan
Singapura: Mahkamah republik ini semalam menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas seorang guru kerana berkelakuan tidak senonoh termasuk membuat “gigitan cinta” terhadap pelajarnya.

Guru wanita berusia 42 tahun itu melakukan perbuatan berkenaan ke atas pelajar lelaki berusia 13 tahun di sekolahnya. Dia yang mengajar sejak 11 tahun lalu dan ibu empat anak sebelum ini mengaku salah atas dua tuduhan serangan seksual terhadap kanak-kanak atau remaja di bawah Akta Kanak-kanak dan Remaja Singapura.

Mengikut fail mahkamah, wanita yang dirahsiakan identitinya itu dikatakan mencium mulut dan membuat gigitan cinta pada bahu dan leher pelajar lelaki itu dalam dua kejadian berasingan pada 2012. Dia mengenali pelajar yang berada dalam pasukan bola sepak bersama anak lelakinya dan mula berhubung melalui Facebook kemudiannya melakukan kesalahan itu di taman awam ketika mereka keluar bersama.

Ibu pelajar berkenaan membuat laporan polis selepas mengesan tanda gigitan cinta pada leher anaknya. - AFP/hmetro


Tuesday 18 February 2014

Sorotan kembali; Pelaksanaan PBS


Isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu isu pendidikan yang perlu diberi perhatian. Kejayaan PBS ini bergantung pada guru tersebut. Sekiranya guru menganggap PBS tidak penting  maka ia akan menyulitkan proses pelaksanaannya. Selain itu, dari segi kebolehpercayaan maklumat yang diambil pelaksanaan sistem PBS ( Mokhtar Ismail, 2009 ). Dalam konteks PBS tugas dan arahan tentang ujian diberi oleh guru kepada calon. Dahulu kita tahu, ia dipikul oleh Majlis Peperiksaan Malaysia tetapi dalam PBS guru  memberikan arahan dan tugas kepada calon. Kejayaannya bergantung pada sistem kepercayaan guru. Jika guru mempunyai sistem kepercayaan negatif terhadap PBS, maka nilai kebolehpercayaan yang rendah akan di perolehi terhadap tugasan atau kerja kursus yang dilaksanakan oleh calon. Ini akan memberi kesan terhadap kesahan  ujian berkenaan.

Perkara pokok yang perlu diberi perhatian ialah kesediaan murid sebagai calon PBS untuk mengambil ujian  berdasarkan perkembangan mental mereka. Isu ini mungkin tidak kritikal kerana dalam sistem pendidikan semua murid menghadapi kurikulum yang sama pada umur yang sama. Sekiranya ada isu yang timbul melibatkan murid lemah yang memerlukan pemulihan. Cara mereka diurus untuk mengambil ujian PBS merupakan suatu perkara yang perlu dipertimbangkan dan di ambil perhatian. Selain itu, PBS yang dilaksanakan memerlukan guru mengisi pelbagai jenis borang dan menganalisis markah pelajar yang mengambil masa yang lama.

Monday 17 February 2014

Banteras penjaja haram di sekolah


Tindakan penjaja tanpa lesen yang menjual makanan ringan tidak berkhasiat di perkarangan luar sekolah perlu dibanteras kerana boleh menjejaskan kesihatan murid.
Guru Besar Cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 2, Abdul Aziz Mohamed berkata, kandungan makanan ringan terutama yang diimport dari luar negara meragukan.
Beberapa kes bahan makanan dan susu formula bayi yang tercemar di luar negara khususnya di China yang ditarik balik dari pasaran wajar dijadikan teladan.
Jika berlaku sesuatu kepada murid, pihak sekolah yang akan dipertanggungjawabkan, walaupun jualan makanan atau minuman tidak berkhasiat itu dilakukan oleh mereka yang tidak mendapat kebenaran daripada kami," katanya ketika ditemui di pejabatnya dekat Shah Alam, Selangor baru- baru ini.

Penjaja tanpa lesen ini lazimnya beroperasi di kawasan pintu masuk sekolah dengan menggunakan kenderaan persendirian. Walaupun ada tanda larangan berniaga di kawasan luar premis sekolah namun tidak diendahkan oleh penjaja yang berurus niaga dengan membuka but kereta. Menurut Abdul Aziz, pihak sekolah tiada kuasa undang- undang untuk mengambil tindakan kepada penjaja terbabit kecuali memberi nasihat kepada murid- murid agar menjauhi makanan tidak berkhasiat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...