Wednesday 24 September 2014

10 universiti terbaik dunia

Rabu, 24 September 2014


Massachusetts Institute of Technology (MIT) terus mengungguli tempat pertama dalam senarai universiti-universiti terbaik dunia.

Universiti dari Amerika Syarikat (AS) yang terkenal dengan ilmu pengetahuan dan teknologi kajian itu berada di kedudukan teratas selama tiga tahun berturut-turut menurut QS World University Rankings.


Universiti lain yang berasaskan ilmu pengetahuan, Imperial College London, menduduki tempat kedua bersama-bersama dengan Universiti Cambridge.

Manakala Universiti terkaya di dunia iaitu Harvard menduduki tempat ke empat. Sementara University College London dan Oxford bersama-sama menduduki tempat ke lima.

King 's College London di tempat ke 16, dan bermakna London mempunyai tiga universiti yang berada dalam senarai 20 universiti terbaik.

Walaupun ada beberapa pihak universiti bersikap skeptikal terhadap ranking universiti berkenaan, tapi paling tidak mereka menyedari betapa pentingnya kedudukan universiti terbaik ini.

"Hanya universiti bodoh yang tidak memberi perhatian kepada senarai universiti terbaik," jelas Mike Nicholson dari pihak Universiti Oxford.

Usaha meletak peringkat universiti terbaik menjadi perkara yang tidak dapat dielakkan sebagai reputasi dan imej pendidikan tinggi itu, hal ini membantu mereka untuk menarik sejumlah pelajar, kakitangan dan pelaburan penyelidikan.

Hampir semua laman web universiti mendakwa mereka sebagai universiti terbaik. Di manakah kedudukan universiti dari Malaysia?

Senarai 10 universiti terbaik di dunia menurut QS World University Rankings:

1. Massachusetts Institute of Technology (MIT)

2. Imperial College London dan University of Cambridge (keduanya berkongsi kedudukan)

4. Harvard University

5. University College London dan University of Oxford (keduanya berkongsi kedudukan)

7. Stanford University

8. California Institute of Technology (Caltech)

9. Princeton

10. Yale



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...