Putrajaya : Kerajaan bersetuju memberi Bayaran Bantuan Khas
Kewangan (bonus Hari Raya 2014) sebanyak
RM500 sebagai persiapan hari raya Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1
hingga Gred 54.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bantuan khas
atau bonus raya 2014 itu juga akan dinikmati oleh 684,000 pesara kerajaan
sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.