Thursday 10 September 2015

kembali ke rahmatullah

Pada pukul 2.10 ptg tadi, rakan kita Tn Hj Khirjuari bin Ikhsan, Guru Besar SK Jalan Yusof, Muar telah kembali ke rahmatullah di Hospital Besar Melaka. Salam takziah buat keluarganya dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, amiin




Tuesday 11 August 2015

tidak perlu majlis sambutan besar2an

LANGKAWI: Pengurusan sekolah tidak perlu membuat majlis sambutan besar-besaran bersempena lawatan menteri ataupun pegawai tinggi kementerian, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata memadai diadakan majlis sambutan yang sederhana dan tidak melibatkan kos yang tinggi dan persediaan yang banyak sehingga menyebabkan pihak sekolah berasa tertekan dengan lawatan itu.

 "Sesuai dengan peredaran (masa) ... kami tak mahu bebankan sekolah kerana lawatan (menteri atau pegawai tinggi kementerian). Buat ala kadar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Kebangsaan ke-21 dan Persidangan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ke-33 di sini, hari ini.


Konvensyen GMGBM


Konvensyen Pendidikan Kebangsaan ke-21 dan Persidangan Gabungan Majlis Guru Besar (GMGBM) ke-33 2015 diadakan di de Baron Resort, Langkawi dari 10 hingga 13 Ogos 2015.


















Monday 13 July 2015

persaraan GB SK Tg Tohor

smlm diadakan majlis sempena persaraan Cik Hjh Sarifah bte Sarif. Berbuka dan solat magrib di sana. Tahniah.

Saturday 4 July 2015

Murid Tahun Satu Maut Akibat Strok Haba Selepas Dilarang Berbuka Puasa

Seorang murid tahun satu kena stroke haba hanya kerana berpuasa dan meminta untuk minum air pada petang itu tetapi ibunya tidak bagi dan berkata sedikit saja lagi nak berbuka lalu ibunya menyuruh dia tidur dahulu...akhirnya anaknya itu tiidur terus buat selama-lamanya...

Apabila dikenalpasti puncanya, budak tu sebenarnya terkena serangan stroke haba disebabkan cuaca hari itu terlalu panas dan haba telah naik ke kepala bagitu juga air dalam badan yang semakin berkurangan.

Motifnya sini ialah kita janganlah terlalu memaksa anak kita berpuasa (bagi yang belum baligh terutamanya di bawah umur 10 tahun) sehingga tidak bermaya seeloknya paksa anak untuk solat itu adalah lebih wajib...cuaca sekarang pun dah tidak menentu sekejap panas terik sekejap mendung bukan macam cuaca zaman datok nenek dan emak bapak kita dulu...stroke haba ini adalah sangat-sangat merbahaya kepada budak-budak kecil..

Jadi, marilah kita ambil iktibar bila sudah terjadi, jangan nanti menyesal tidak sudah.

* Haraf maaf, berita ini tanpa tarikh bila dan tempat di mana kejadian berlaku


Monday 1 June 2015

Dilantik sebagai Pengerusi GMGBM


Tn Hj Masood bin Idris, Pengerusi MGB Muar, merangkap Pengerusi MGB Negeri Johor telah terpilih menjadi Pengerusi Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia mulai 1 Jun 2015. Tahniah dan selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang.


SJKT Jln Khalidi


Sunday 24 May 2015

Bengkel Kerja Pengurusan Guru Besar Daerah Muar Bil. 1/2015

Bengkel tersebut akan dijalankan seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh: 26-28 Mei 2015 (Selasa - Khamis)
Masa: 2.30 - 3.30 ptg (daftar masuk)
Tempat: Hotel Bendahara Makmur, Melaka


Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Muar akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Mei 2015
Masa Pendaftaran: 1.00 ptg
Tempat: Dewan Sri Gambir, SMK Bkt Gambir, Ledang
Perasmi: YB Datuk Hj Ir Hamim bin Samuri
               Timb. Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri
Pakaian: Batik


Sunday 17 May 2015

Kerajaan Setuju Tambah Baik Elaun Pengetua, Guru Besar - Muhyiddin

JITRA, 16 Mei (Bernama) -- Bersempena dengan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan hari ini, kerajaan bersetuju untuk menambah baik elaun pengetua dan guru besar, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, elaun pengetua sekolah menengah kini dinaikkan daripada RM150 kepada RM300 sebulan manakala elaun guru besar sekolah rendah dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 sebulan.

Penambahbaikan elaun itu akan berkuat kuasa 1 Julai ini dan melibatkan 2,405 pengetua dan 7,757 guru besar, katanya.

Monday 6 April 2015

Berdagang dalam berdagang luar

Baju Melayu bukanlah fesyen terbaru dan umum menerima bahawa untuk lelaki, fesyennya ialah “Cekak Musang”. Fesyen ini juga diterima-pakai sebagai pakaian rasmi untuk majlis yang membabitkan istana dan kerajaan. Johor, bagaimanapun mempunyai kelebihan dengan fesyen baju Melayu Teluk Belanga. Dan menambah seri kepada kelebihan ini ialah cara pemakaian sampingnya sama ada dagang luar atau dagang dalam.

Saturday 4 April 2015

gerhana bulan

Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan berlaku pada hari ini, 4 April 2015. Namun. sekali lagi bagi kita di Semenanjung malaysia akan terlepas fasa-fasa awal gerhana tersebut, Bagi anda di Timur Sabah lebih bernasib baik kerana dapat melihat keseluruhan fasa gerhana dari awal hingga akhir.

FASA GERHANAWAKTUKUALA LUMPURKUCHINGSANDAKAN
P1:Mula Fasa Penumbra5:01 pmTIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)
U1:Mula Fasa Umbra 6:15 pmTIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)TIDAK KELIHATAN (Bulan belum terbit)BOLEH DILIHAT (Bulan sudah terbit)
U2:Fasa Gerhana Penuh bermula7:57 pmBOLEH DILIHAT (Bulan sudah terbit)BOLEH DILIHAT (Bulan sudah terbit) BOLEH DILIHAT
Fasa Maksimum Gerhana Penuh8:00 pmBOLEH DILIHAT BOLEH DILIHAT BOLEH DILIHAT
U3: Fasa Gerhana Penuh tamat8:02 pmBOLEH DILIHAT BOLEH DILIHATBOLEH DILIHAT 
U4: Tamat Fasa Umbra9:44 pmBOLEH DILIHAT BOLEH DILIHAT BOLEH DILIHAT
P4: Tamat Fasa Penumbra10:58pmBOLEH DILIHAT BOLEH DILIHAT BOLEH DILIHAT

hari keluarga SK Pt Bulat


Thursday 26 March 2015

Taklimat Penilaian SR dan Solat Hajat 2015

Majlis tersebut telah diadakan pada hari ini, 26 Mac 2015 di SK Sg Abong, Muar untuk semua guru besar sekolah kebangsaan di daerah Muar dan Ledang.

(klik paparkan semua untuk melihat semua gambar)

Tuesday 24 March 2015

Konvensyen Pendidikan & Persidangan MGB Daerah Muar & Ledang kali ke-26 tahun 2015

Konvensyen tersebut akan di adakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 01 hingga 02 April 2015
Masa : 8.00 pagi - 10.30 malam
Tempat : Hotel Goodhope Skudai, Johor Bahru, Johor

Semua Guru Besar sekolah rendah Daerah Muar dan Ledang (seramai 171 orang) dikehendaki hadir.
Terima kasih.


Mesyuarat AJK MGB Muar Bil. 2/2015

Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti butiran berikut;

Tarikh : 24 Mac 2015
Masa : 9.30 pagi
Tempat : SK Bkt Naning

Semua AJK MGB Muar diminta hadir, terima kasih.


Thursday 12 March 2015

tahniah!!!!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Hj Mas'ood bin Idris, pengerusi MGB Daerah Muar, merangkap pengerusi MGB Negeri Johor yang telah dilantik sebagai Naib YDP MGB Kebangsaan.


Tuesday 3 March 2015

mesyuarat AJK MGB Muar Bil. 1/2015

Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti butiran berikut;

Tarikh: 4 Mac 2015 (Rabu)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: SK Bakri Bt. 5

Semua AJK MGB Muar dikehendaki hadir, terima kasih.

Wednesday 4 February 2015

NUTP: Siasat guru biasa jadi guru besar

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan digesa menyiasat laporan bahawa ada guru biasa yang menjadi guru besar.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, berdasarkan aduan yang diterimanya, perkara itu berlaku di beberapa sekolah rendah. Katanya beliau sudah menerima satu aduan mengenai kes demikian bulan lepas dan satu lagi aduan bulan ini dan percaya banyak lagi kes seumpama itu yang tidak didedahkan.

Monday 5 January 2015

imbuhan tahunan 2014

PUTRAJAYA: Kerajaan setuju pembayaran imbuhan tahunan 2014 atau bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan diawalkan pembayaran pada 15 Januari ini. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kerajaan berharap pemberian itu dapat meringankan beban penjawat awam akibat banjir serta membantu persediaan persekolahan anak-anak.

"Dalam Bajet 2015, kerajaan mengumumkan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan. "Pemberian bonus dan bantuan khas ini dijadualkan dibayar bersekali dengan gaji bulanan Januari 2015. "Kerajaan prihatin dan memahami situasi semasa terutama sekali kepada penjawat awam yang terbabit banjir. Sehubungan itu, kerajaan setuju pembayaran berkenaan diawalkan pada 15 Januari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...