Saturday 4 July 2015

Murid Tahun Satu Maut Akibat Strok Haba Selepas Dilarang Berbuka Puasa

Seorang murid tahun satu kena stroke haba hanya kerana berpuasa dan meminta untuk minum air pada petang itu tetapi ibunya tidak bagi dan berkata sedikit saja lagi nak berbuka lalu ibunya menyuruh dia tidur dahulu...akhirnya anaknya itu tiidur terus buat selama-lamanya...

Apabila dikenalpasti puncanya, budak tu sebenarnya terkena serangan stroke haba disebabkan cuaca hari itu terlalu panas dan haba telah naik ke kepala bagitu juga air dalam badan yang semakin berkurangan.

Motifnya sini ialah kita janganlah terlalu memaksa anak kita berpuasa (bagi yang belum baligh terutamanya di bawah umur 10 tahun) sehingga tidak bermaya seeloknya paksa anak untuk solat itu adalah lebih wajib...cuaca sekarang pun dah tidak menentu sekejap panas terik sekejap mendung bukan macam cuaca zaman datok nenek dan emak bapak kita dulu...stroke haba ini adalah sangat-sangat merbahaya kepada budak-budak kecil..

Jadi, marilah kita ambil iktibar bila sudah terjadi, jangan nanti menyesal tidak sudah.

* Haraf maaf, berita ini tanpa tarikh bila dan tempat di mana kejadian berlaku


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...