Tuesday 11 August 2015

tidak perlu majlis sambutan besar2an

LANGKAWI: Pengurusan sekolah tidak perlu membuat majlis sambutan besar-besaran bersempena lawatan menteri ataupun pegawai tinggi kementerian, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata memadai diadakan majlis sambutan yang sederhana dan tidak melibatkan kos yang tinggi dan persediaan yang banyak sehingga menyebabkan pihak sekolah berasa tertekan dengan lawatan itu.

 "Sesuai dengan peredaran (masa) ... kami tak mahu bebankan sekolah kerana lawatan (menteri atau pegawai tinggi kementerian). Buat ala kadar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Kebangsaan ke-21 dan Persidangan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ke-33 di sini, hari ini.


Konvensyen GMGBM


Konvensyen Pendidikan Kebangsaan ke-21 dan Persidangan Gabungan Majlis Guru Besar (GMGBM) ke-33 2015 diadakan di de Baron Resort, Langkawi dari 10 hingga 13 Ogos 2015.


















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...