Sunday 24 May 2015

Bengkel Kerja Pengurusan Guru Besar Daerah Muar Bil. 1/2015

Bengkel tersebut akan dijalankan seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh: 26-28 Mei 2015 (Selasa - Khamis)
Masa: 2.30 - 3.30 ptg (daftar masuk)
Tempat: Hotel Bendahara Makmur, Melaka


Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Muar akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Mei 2015
Masa Pendaftaran: 1.00 ptg
Tempat: Dewan Sri Gambir, SMK Bkt Gambir, Ledang
Perasmi: YB Datuk Hj Ir Hamim bin Samuri
               Timb. Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri
Pakaian: Batik


Sunday 17 May 2015

Kerajaan Setuju Tambah Baik Elaun Pengetua, Guru Besar - Muhyiddin

JITRA, 16 Mei (Bernama) -- Bersempena dengan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan hari ini, kerajaan bersetuju untuk menambah baik elaun pengetua dan guru besar, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, elaun pengetua sekolah menengah kini dinaikkan daripada RM150 kepada RM300 sebulan manakala elaun guru besar sekolah rendah dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 sebulan.

Penambahbaikan elaun itu akan berkuat kuasa 1 Julai ini dan melibatkan 2,405 pengetua dan 7,757 guru besar, katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...