Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, ia dikatakan
berpunca selepas guru besar yang melalui sebuah kelas terdengar bunyi bising
sebelum menegur guru kelas berkenaan.
Difahamkan, guru kelas berkenaan enggan menerima teguran dan
berlaku sedikit pertengkaran antara mereka sebelum guru besar cuba merakam
suasana dalam kelas itu menggunakan telefon bimbitnya.
Ketika itu, guru kelas berang dan menggomol guru besar
sambil diperhatikan murid termasuk dari kelas terbabit. Mereka hanya mampu
melihat aksi kedua-dua guru berkenaan.
Suasana bertukar menjadi kecoh hingga memaksa guru lain
campur tangan untuk meleraikan pergaduhan itu setelah kedua-dua tangan dan belakang
kepala guru besar cedera.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad
Bakhtiar Kassim berkata, guru besar terbabit mendapatkan rawatan di Hospital
Pulau Pinang (HPP) dan turut membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
"Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan mengenai
kejadian itu. Guru terbabit akan dipanggil untuk memberi keterangan dan
membantu siasatan," katanya.
1 comment:
Subhanallah, begitulah jadinya jika disiplin tidak dihayati.
Post a Comment