Wednesday, 30 January 2013
Monday, 28 January 2013
KISAH SEEKOR KUPU KUPU
Seorang
lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia
duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan
diri melalui lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan
telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh
lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu
tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu. Kupu-kupu
tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil,
sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap
sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu
itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.
Hakikatnya,
kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya
dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak
pernah mampu terbang. Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti
bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk
membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu
tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya
sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong
tersebut.
Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita
perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan
perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin
tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang
kita idamkan.Kita mungkin tidak akan pernah dapat 'terbang' jauh.
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha
Penyayang. Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati...Dan Tuhan memberi kita
dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..
Kita memohon kebijaksanaan... Dan Tuhan memberi
kita pelbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana
dan matang. Kita memohon kemakmuran... Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga
untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran. Kita memohon
cinta...Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untukdiselamatkan dan
dicintai. Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati...Dan Tuhan memberi
kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.
Begitulah cara Tuhan membimbing Kita... Adakah
jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak
mendapatkan segala yang saya inginkan? Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa
yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita,
kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah di sebaliknya, bahkan tidak mahu
menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.
sumber
sumber
Thursday, 24 January 2013
MMI
rakan2 guru, boleh download bahan bacaan MMI...banyak info2 berguna...kredit to A Faris Johan
Download di sini
Download di sini
Friday, 11 January 2013
Pelaksanaan 4 inisiatif PPPM dlm 100 hari pertama 2013
Putrajaya - Kementerian Pelajaran akan memberi tumpuan utama
terhadap empat inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
dalam tempoh 100 hari pertama tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin Yassin.
Inisiatif pertama ialah memperkenalkan program 'School Improvement Partners (SI Partners) Plus and School Improvement Specialist Coaches (SISC) plus' di Kedah dan Sabah dalam usaha membimbing guru bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris (BI) dan Matematik, terutamanya di sekolah-sekolah yang berada dalam Band lima, enam dan tujuh.
"Kedua-dua program itu memberi faedah kepada pengetua, guru besar dan guru. Misalnya melalui SISC plus guru berpeluang mendapat latihan in situ secara langsung mengikut keperluan mereka," katanya semasa menyampaikan perutusan Tahun Baru Kementerian Pelajaran.
Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata inisiatif kedua ialah menilai 70,000 guru opsyen BI melalui Ujian Penempatan Cambridge (CPT) dan kemudian guru akan dibahagi mengikut tiga kategori berdasarkan keputusan ujian mereka.
"Bagi guru-guru yang tidak mencapai tahap kemahiran yang ditetapkan, latihan separuh masa akan diberikan. Dalam 100 hari ini kementerian akan bersedia untuk melatih 5,000 guru BI," katanya.
Sambil menyifatkan awal tahun 2013 sebagai satu tempoh yang kritikal, Muhyiddin berkata inisiatif Sarana Ibu Bapa ke 10,000 sekolah untuk meningkatkan kesedaran, sokongan dan kerjasama dalam kalangan ibu bapa juga akan dilaksanakan.
Inisiatif kempat pula ialah melancarkan Video e-Guru untuk ditonton di semua sekolah dan akan mula diperkenalkan pada bulan ini menerusi program pembangunan profesionalisme baharu dengan mewujudkan perpustakaan video e-Guru yang menyediakan koleksi contoh pengajaran terbaik.
Tuesday, 8 January 2013
Sekapur Sirih Seulas Pinang
Assalamualaikum dan selamat
sejahtera.
Rakan-rakan Guru Besar yang saya
hormati,
Alhamdullillah minggu ini merupakan minggu kedua kita
memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2013 yang diharapkan menjanjikan tahun
yang lebih cemerlang berbanding tahun-tahun yang telah dilalui. Setinggi-tinggi
tahniah kepada semua guru besar yang telah dapat mengharungi tahun 2012 dengan
penuh ketabahan mengurus dan memimpin sekolah sehingga berjaya menempa kejayaan
manis dalam pelbagai bidang pendidikan dipelbagai peringkat. Paling manis dan
membanggakan yang dapat ditumpang oleh seluruh kepimpinan pendidikan di daerah
Muar ialah pengiktirafan SK Bandar Maharani, Muar sebagai Sekolah Berprestasi
Tinggi yang merupakan pengiktirafan paling berprestij di persada pendidikan negara
kita Malaysia .
Dengan demikian daerah Muar telah berjaya melahirkan dua buah sekolah rendah
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBP) setelah SK Convent, Muar menerima
pengiktirafan yang sama pada tahun 2011(kohort 2). Sekolah Menengah Sains Muar
(SAMURA) juga merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi kohort 2(2011). Adalah
menjadi aspirasi Majlis Guru Besar Muar, pengiktirafan kepada sekolah-sekolah
seperti SBP, sekolah penerima bai’ah (new-deal),
dan pengiktirafan-pengiktirafan tertinggi yang lain terus diraih malah bertambah
dari semasa ke semasa. Berpegang kepada
kunci kejayaan iaitu usaha gigih sekolah yang tidak mengenal erti penat lelah,
kerjasama erat antara rakan-rakan, sokongan dan dokongan yang berterusan dari
Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Johor adalah antara menu utama
yang perlu dipertingkatkan bagi menentukan kegemilangan terus di dalam
genggaman.
Inisiatif awal Pejabat Pelajaran Daerah Muar dan Majlis Guru Besar
bagi memastikan sistem pengurusan dan kepemimpinan sekolah tetap berada di landasan
yang tepat bagi memacu sekolah ke arah yang lebih dinamik di samping
melestarikan keutuhan kepimpinan sedia ada beberapa taklimat penting kepada semua guru besar
seperti Mengawal Masa Instruksional(MMI),
Kolokium Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS), Penghayatan Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia(SKPM Versi 2010) dan Standard Pengurusan Sekolah Kualiti
(SPSK), dan Taklimat Persediaan Menjelang 2013 yang antara lain merungkai JOHOR
LEADS dan MUAR NUMBER ONE oleh Pegawai Pelajaran Daerah Muar telah
dilaksanakan.
Rakan-rakan yang dihormati.
Tahun 2013 yang akan kita lalui adalah tahun pertama Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menjelang 2025. Di dalamnya mengandungi
3 Gelombang, 5 Aspirasi Utama Sistem Pendidikan, 6 Aspirasi Utama Murid, 9
Bidang Keberhasilan Utama, dan 11 Anjakan sewajarnya telah mula sebati dalam
pengetahuan kepimpinan sekolah khususnya para guru besar, malah telah dipastikan
tersebar luas ke seluruh warga sekolah sebagai permulaan langkah perlaksanaan.
High Order Thinking
Skills (HOTS) yang merupakan kesinambungan Kemahiran Berfikir Kritis dan
Kreatif (KBKK) serta inovasi menjadi teras dalam KSSR adalah diharapkan merupakan outcomes utama transformasi pendidikan negara.
Selain itu, faktor kemenjadian murid yang berpengetahuan,berkemahiran memimpin,
kemahiran dwi bahasa, etika dan kerohanian dan beridentiti nasional adalah menjadi
cabaran serta kewajipan bagi kita selaku gurubesar menentukan ianya menjadi realiti.
Akhirnya, saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sepenuh komitmen hingga tercapai
objektif pendidikan daerah Muar 2012 dalam bidang akademik, kokurikulum, juga tidak ketinggalan
aspek pembangunan potensi murid. Apa jua
kekurangan dan kelemahan sepakat kita atasi. Kepada semua rakan guru besar di
sekolah mahupun yang telah ditempatkan di sekolah yang baru marilah kita
gandakan usaha, merencana idea menggembeleng tenaga bersatu seluruh warga
sekolah. dan rakan-rakan guru besar demi cita-cita menggapai KEGEMILANGAN.
Salam Hormat Dari Saya:
Hj Mas’ood Bin Hj Idris.
Pengerusi
Majlis Guru Besar
Daerah Muar,Johor
7 Januari 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)