Kringggg..
Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni
tak keluar utk rehat.
Awak
tak rehat ke Alif? Ujar sy kpd pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.
Kenapa
alif tak rehat? Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50
sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dpt beli
nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi sy dpt la makan
nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Sy kat kantin hari Selasa dan Khamis je
cikgu " alif tertunduk malu
Perasaan
saya mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg
membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg
kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya.
Saya
tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Owh
hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dgn
bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..
Mata
saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen.
Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku
ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.
Huh
macam terpukul sungguh sy, bayangkan duit 50 sen yg diberi utk makan, dia
infakkan 50 sen utk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.
Mungkin
kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin
Allah nak temukan sy dgh pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.
Bagaimana
pula dgn kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?
2 comments:
Insya' Allah nasihatkan pelajar berkenaan belajar bersungguh-sungguh dan banyakkan baca Surah Al-Waqiah. Semoga dimakbulkan Allah swt do'anya, Amin....
terima kasih puan di atas cadangan tersebut.....
Post a Comment