Sedikit info yang kami ingin kongsikan..maklumlah..sekarang ni
cuaca memang panas...
Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai
1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada
tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild)
kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.
2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun,
terdapat kumpulan yang lebih berisiko: Mereka yang terbabit dengan kegiatan
aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan,
tentera, polis dan lain-lain. Orang
dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding
dengan mereka yang lebih muda). Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. Penghidap
penyakit sistem pernafasan. Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing
manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang
menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.
3. Gejala cuaca
panas melampau adalah : Sakit kepala, Keletihan, Lemah tumpuan, Pening, Lemah
otot–otot atau kekejangan, Mual dan muntah, Keadaan yang terlalu teruk boleh
menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
4. Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca
panas melampau:
4.1 Anda Perlu :
Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap
aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
Minum minuman
isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
Hadkan aktiviti luar
Kerap berehat
Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
Pakai topi atau payung yang besar
4.2 Elakkan:
Minum minuman yang
mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
Bersenam dalam cuaca panas
5. Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas,
ingat tip-tip di bawah;
Keluar dari kawasan
yang panas
Tanggalkan pakaian yang ketat
Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
Gunakan kipas untuk sejukkan badan
Minum air setiap 15 minit
Dapatkan bantuan
jika keadaan tidak dapat dikawal
Sumber: Kementerian
Kesihatan Malaysia
No comments:
Post a Comment