Putrajaya : Kerajaan bersetuju memberi Bayaran Bantuan Khas
Kewangan (bonus Hari Raya 2014) sebanyak
RM500 sebagai persiapan hari raya Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1
hingga Gred 54.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bantuan khas
atau bonus raya 2014 itu juga akan dinikmati oleh 684,000 pesara kerajaan
sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.
“Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat mulai 15 Julai ini.
“Bayaran bonus penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan
kewangan sebanyak RM890 juta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sementara itu kerajaan negeri Selangor turut mengumumkan
pemberian bonus hari raya 2014 sebanyak sebulan gaji. Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri Selanogr telah memutuskan bersetuju yang mana pengumuman bonus ini
dilakukan sendiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk
memberikan bonus raya kakitangan kerajaan Selangor 2014 bagi membantu penjawat
awam Selangor membuat persediaan lebih awal bagi menyambut perayaan Hari Raya
Aidilfitri 2014.
No comments:
Post a Comment