PUTRAJAYA: Kerajaan setuju pembayaran imbuhan
tahunan 2014 atau bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada
penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan diawalkan pembayaran
pada 15 Januari ini. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni
Hanadzlah, berkata kerajaan berharap pemberian itu dapat meringankan beban
penjawat awam akibat banjir serta membantu persediaan persekolahan anak-anak.
"Dalam Bajet 2015, kerajaan mengumumkan
pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat
awam dan bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan. "Pemberian bonus dan bantuan khas ini
dijadualkan dibayar bersekali dengan gaji bulanan Januari 2015. "Kerajaan prihatin dan memahami situasi semasa
terutama sekali kepada penjawat awam yang terbabit banjir. Sehubungan itu,
kerajaan setuju pembayaran berkenaan diawalkan pada 15 Januari," katanya
dalam satu kenyataan hari ini.
No comments:
Post a Comment