Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
Malaysia (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, berdasarkan aduan yang diterimanya,
perkara itu berlaku di beberapa sekolah rendah. Katanya beliau sudah menerima satu aduan mengenai kes
demikian bulan lepas dan satu lagi aduan bulan ini dan percaya banyak lagi kes
seumpama itu yang tidak didedahkan.
“NUTP membantah kalau ada guru besar yang dilantik terus
daripada guru biasa, kerana untuk naik pangkat sebagai guru besar mesti ada
syaratnya.
"Kita mahu pemimpin-pemimpin di sekolah ini cekap, yang
boleh jalankan tugas sebagai pemimpin untuk boleh mentadbir sekolah,” katanya
pada sidang media, di sini, semalam.
Menurutnya NUTP tidak mempertikaikan kenaikan pangkat
seseorang guru, tetapi ia mestilah melalui prosedur yang betul.
“Kita setuju program dan kursus yang ditawarkan Kementerian
Pendidikan untuk guru penolong kanan ditawarkan kursus supaya mereka diberi
peluang untuk naik pangkat.
“Tetapi kita tidak setuju jika guru biasa ditawarkan jawatan
guru besar kerana syarat perlu jadi guru penolong kanan itu dipersetujui
bersama antara NUTP dan pihak kementerian sejak tiga tahun lalu,” ujarnya.
Tambahnya, jika dibiarkan seseorang guru biasa terus
dinaikkan pangkat menjadi guru besar, ianya akan mendatangkan masalah kepada
sekolah.
“Berdasarkan pengalaman kita, guru biasa yang tidak pernah
jadi guru penolong kanan, tidak ada pengalaman urus kewangan sekolah serta
banyak perkara yang dia tidak tahu seperti mahu menyelesaikan masalah dengan
ibu bapa bila hadapi masalah serius. Kita mahu pemimpin yang berkualiti,”
katanya. - SH
No comments:
Post a Comment