Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof,
berkata kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan PBS sedang dijalankan dan
cadangan penambahbaikan akan dikemukakan kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri
Muhyiddin Yassin untuk keputusan.
"Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan
pelaksanaan PBS sehingga satu kenyataan mengenainya dibuat oleh KPM dalam masa
terdekat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
“Kajian dan penelitian ini difokuskan kepada rombakan
terhadap perkara yang membabitkan kekerapan guru memasukkan data berkaitan
eviden dan pencapaian murid, termasuk juga pengisian borang perekodan prestasi
murid yang boleh membebankan guru,” katanya.
Dr Khair berkata, di samping memastikan kajian dan
penelitiannya dilaksana secara berkesan, KPM juga mengambil beberapa langkah
segera bagi menanganinya termasuk menangguhkan taklimat PBS di peringkat
sekolah rendah dan menengah seluruh negara bermula pada 17 Februari ini bagi
mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya.
Beliau berkata, KPM juga akan mengadakan bengkel membabitkan
guru termasuk kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula terhadap
pelaksanaan PBS.
“Bengkel berkenaan akan dilaksanakan pada awal dan
pertengahan Februari ini dan hasilnya akan dibentangkan semula kepada KPM dalam
tempoh terdekat.
“Selain itu, pihak KPM akan menubuhkan Jawatankuasa Pasukan
Petugas PBS di peringkat KPM yang mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti
dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS,” katanya.
Sementara itu, bagi menangani isu berbangkit berkaitan PBS
dengan segera dan berkesan, KPM akan mewujudkan ‘war room’ PBS di peringkat
KPM.
“Usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) juga sedang dilaksanakan di peringkat
KPM bagi memastikan guru-guru boleh mengakses sistem berkenaan secara lebih
mudah dan berkesan.
“Semua tindakan berkenaan diambil bagi memastikan setiap
elemen pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid
dan dalam masa yang sama, mengurangkan bebanan tugas guru yang
melaksanakannya,” katanya.
sumber
sumber
No comments:
Post a Comment