Isu pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
merupakan satu isu pendidikan yang perlu diberi perhatian. Kejayaan PBS ini
bergantung pada guru tersebut. Sekiranya guru menganggap PBS tidak penting maka ia akan menyulitkan proses
pelaksanaannya. Selain itu, dari segi kebolehpercayaan maklumat yang diambil
pelaksanaan sistem PBS ( Mokhtar Ismail, 2009 ). Dalam konteks PBS tugas dan
arahan tentang ujian diberi oleh guru kepada calon. Dahulu kita tahu, ia
dipikul oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
tetapi dalam PBS guru memberikan arahan
dan tugas kepada calon. Kejayaannya bergantung pada sistem kepercayaan guru.
Jika guru mempunyai sistem kepercayaan negatif terhadap PBS, maka nilai
kebolehpercayaan yang rendah akan di perolehi terhadap tugasan atau kerja
kursus yang dilaksanakan oleh calon. Ini akan memberi kesan terhadap kesahan ujian berkenaan.
Perkara pokok yang perlu diberi perhatian ialah kesediaan
murid sebagai calon PBS untuk mengambil ujian
berdasarkan perkembangan mental mereka. Isu ini mungkin tidak kritikal
kerana dalam sistem pendidikan semua murid menghadapi kurikulum yang sama pada
umur yang sama. Sekiranya ada isu yang timbul melibatkan murid lemah yang
memerlukan pemulihan. Cara mereka diurus untuk mengambil ujian PBS merupakan
suatu perkara yang perlu dipertimbangkan dan di ambil perhatian. Selain itu,
PBS yang dilaksanakan memerlukan guru mengisi pelbagai jenis borang dan
menganalisis markah pelajar yang mengambil masa yang lama.
Penekanan untuk menguasai Bahasa Inggeris dalam pengajaran
Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris
melalui pengenalan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris) kepada pelajar-pelajar dan guru-guru menambah tekanan dan
mempengaruhi prestasi pengajaran guru-guru. Belum reda isu PPSMI, kemunculan
MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu memperkukuh bahasa Inggeris) turut memberi
tamparan yang hebat kepada guru-guru dan juga kepada pelajar. Konsep PPSMI
belum habis di mengertikan muncul pula MBMMBI bagi menggantikan PPSMI. akibat
dua dasar ini, institusi pelajaran bagi sekolah rendah dan menengah bagai
terumbang-ambing atau seperti berada di persimpangan dilema, dan secara
kasarnya, institusi ini terbelah kepada dua kelompok penyokong, PPSMI dan
MBMMBI dan yang terkeliru sudah tentulah warga pendidik dan pelajar. Ini akan
memberi tamparan yang hebat kepada pelajar dalam meneruskan pembelajaran dan
guru dalam meneruskan proses pengajaran.
Lapan tahun dulu, awal perlaksanaan PPSMI, ditentang hebat sebab takut
sukar dipelajari pelajar. namun, selepas perlaksanaannya, ia semakin diterima
oleh golongan pendidik.
Namun, tahun 2009, isu ini diperdebatkan sekali lagi sehinggalah suatu keputusan drastik kerajaan
memansuhkan secara berperingkat dasar PPSMI,
dan bila dah mansuh diwujudkan pula MBMMBI. Signifikan MBMMBI pula
memartabatkan bahasa ibunda dan memperkukuh bahasa Inggeris dalam kalangan
pelajar. Walau bagaimanapun, ia tetap
menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar
dan juga ibu bapa. Ada
ibu bapa yang boleh menerima pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa
Inggeris dan ada ibu bapa yang tidak mahukan dalam Bahasa Malaysia (BM). Guru
terpaksa berdepan dengan pelajar dan ibu bapa serta masyarakat untuk menjelaskan tentang pertukaran
rancangan yang dirancang oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Walaupun demikian, dalam perkembangan terkini, kerajaan Malaysia
mengubah balik pengajaran matematik, Sains dan Teknologi dalam Bahasa Melayu
pada tahun 2012 (Dr.raghbir Kaur Joginder Singh, 2012).
Konsep langit terbuka banyak mendedahkan pelajar dengan pelbagai perkara sama ada kebaikan
atau keburukan. Rela atau tidak, guru bertindak sedaya upaya untuk
menyeimbangkan keperluan perkembangan minda pelajar agar kekal mengamalkan
nilai-nilai murni. Sikap pelajar kini yang tidak menghormati guru, ibu bapa,
orang tua, rakan sebaya, percakapan yang tidak sopan serta cara berpakaian/penampilan
yang tidak senonoh menjadi cabaran untuk guru bukan sahaja mengajar mata
pelajaran yang ditetapkan oleh KPM malah guru menjadi ibu bapa dalam membentuk
peribadi murni pelajar agar kekal mengamalkan nilai dan jati diri serta mengamalkan tatasusila ketimuran.
Tugas guru di sekolah semakin mencabar, bukan sahaja setakat
mengajar, guru juga terpaksa membuat kerja-kerja perkeranian, menjadi penjaga,
menjadi doktor bila pelajar tidak sihat, menjadi pendengar yang setia di saat
ibu bapa pelajar leka dengan tugas-tugas di pejabat, menjadi tempat pelajar
melepaskan perasaan dan juga menjadi teman berbual mengisi masa lapang. Di tengah-tengah kesibukan menjalankan tugas,
ada guru yang berkorban meningkatkan tahap pengetahuan dengan melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi , mengejar segulung ijazah untuk
meningkatkan kerjaya di bidang perguruan. Begitulah tabahnya guru mengejar gelaran sarjana atau Phd. Semuanya
demi melahirkan generasi yang berilmu dan berminda kelas pertama. Guru turut mengorbankan masa lapangnya,
dengan menjalankan aktiviti pengembang bakat dan potensi pelajar melalui
pengendalian kejohanan sukan, syarahan, karnival pendidikan di peringkat
sekolah sehinggalah ke peringkat kebangsaan. Segala-galanya demi melihat modal insan yang dilahirkan seimbang dari
segi ilmu, kemahiran dan sikap yang positif serta potensi yang mampu melonjak
kecemerlangan diri. Usaha ini tidak pernah minta dibalas, hanya ingin melihat
kejayaan yang di kecapi, Itu merupakan satu kepuasan buat guru. Usaha yang
dilakukan ini kadangkala tidak dihargai oleh segelintir pihak namun atas rasa
tanggungjawab, guru teruskan jua langkah demi melahirkan generasi yang
berkualiti. Pengorbanan tersebut menuntut komitmen masa, wang ringgit dan tenaga yang tidak
ternilai di samping tidak meminggirkan tugas asasi mereka di bilik darjah.
Justeru itu, usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
membekalkan pendidikan berkualiti bergantung pada dedikasi dan komitmen
guru-gurunya. Hasrat kerajaan untuk menangani isu-isu pendidikan global dan
mencapai pendidikan kelas dunia merupakan cabaran utama kepada semua guru Malaysia .
Begitu besarnya dan berbaktinya insan bergelar guru. ‘Guru
ibarat lilin, menerangi sesiapa sahaja sehingga membakar diri sendiri’ pepatah
itu cukup untuk membuktikan tentang peranan guru dalam sistem pendidikan
negara. Setiap apa yang dicurahkan bukan untuk minta dibalas, ilmu disemai
untuk di cambah, kegagalan murid tanda kesedihan seorang guru, kejayaan yang
ditempa kejayaan buatnya. Namun segala apa yang dilakukan bukanlah kerana
perlukan balasan hanya sekadar melahirkan insan yang berilmu, berpengetahuan,
beramal dan berbudi. Ibarat benih yang baik dicampak ke laut menjadi pulau,
dicampak ke darat menjadi bukit.
No comments:
Post a Comment