Sekapur Sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Selamat mengunjungi laman web Majlis Guru Besar Daerah Muar!
Laman web ini direalisasikan bagi memenuhi matlamat Kementerian Pelajaran untuk menjana dan memperkasa arus pendidikan perdana yang sejajar dengan perkembangan dunia ICT. MGB Muar berharap hasrat dan matlamat ini dapat dicapai dengan jayanya untuk kepentingan semua sekolah dan  pendidik di daerah ini.

Ambillah sebanyak-banyaknya manfaat daripada laman web ini dan jika ada pandangan, pendapat mahupun sebarang komen, berilah dengan cara dan nada yang baik. Mudah-mudah dengan cara yang sedemikian maka tidak akan adalah mana-mana individu atau mana-mana pihak yang akan terasa dan  terluka. Hindarilah diri kita daripada menjadi sebab dan punca kepada sebarang 'kerosakan'.

Tidak lupa dalam kesempatan ini, MGB Muar mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah mencurahkan tenaga dan bakti dalam usaha membina laman web ini.

MGB Muar sentiasa mengharapkan dan menghargai sokongan serta kerjasama daripada semua pihak dari semasa ke semasa demi kecemerlangan dunia pendidikan, khususnya untuk terus mempertingkat kecemerlangan pendidikan di daerah Muar ini.

Sekian, terima kasih.

Tn Hj Mas'od bin Idris
Pengerusi MGB Muar,
Merangkap Pengerusi MGB Negeri Johor
d/a SK Bakri Batu 5, Muar
email: mgbmuar@yahoo.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...