Friday 23 December 2011

taklimat persediaan sesi persekolahan 2012

Diadakan pada 23 Disember 2012 di Sekolah Tinggi, Muar.
Semua pengetua/guru besar sekolah daerah Muar/Ledang adalah dikehendaki hadir.

Tuesday 13 December 2011

Taklimat SBPA

Sebagaimana tuan/puan sedia maklum Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dilaksanakan mulai 01.01.2012. Sehubungan itu,taklimat mengenainya akan diadakan seperti ketetapan di dalam lampiran berikut.

Terima kasih.

Thursday 1 December 2011

PERSEDIAAN PENGUMPULAN DATA OPSYEN SISTEM SBPA DAN OPSYEN PERSARAAN 60 TAHUN KPM.

Sila lihat di sini dan di sini ......

Terima kasih

Taklimat Pengurusan Persediaan Sesi Persekolahan 2012

Semua Pengetua/Guru Besar Daerah Muar/Ledang adalah diwajibkan hadir mengikut ketetapab berikut:-

Tarikh: 03 Disember 2012
Masa: 8.00 pg hingga 5.00 ptg
Tempat: Pusat Islam, Johor Bahru

Sebarang pertanyaan hendaklah merujuk kepada Tn Hj Sahabuddin bin Jazuli di talian 013-3586619.

Sekian, terima kasih.

Sunday 20 November 2011

Projek guru kerja sembilan jam dibatalkan



Projek perintis yang mewajibkan guru bekerja sembilan jam sehari bermula Januari ini di empat negeri tidak akan diteruskan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, langkah itu bertujuan mengelak salah sangka dan kekeliruan di kalangan masyarakat dan guru sendiri terhadap pelaksanaan program tersebut.

“Program itu juga tidak perlu diteruskan jika guru sendiri tidak memahami kehendak sebenar program tersebut yang bertujuan memperkasakan perkhidmatan guru di negara ini,” katanya yang juga menteri pelajaran.

Akhbar-akhbar media arus perdana hari ini melaporkan Muhyiddin berkata program berkenaan  tidak perlu diteruskan lagi, tetapi segala kajian yang dibuat akan diteliti secara lebih mendalam.

Muhyiddin juga dipetik berkata, projek itu sebenarnya tidak bertujuan membebankan guru-guru, tetapi adalah proses menambah baik bidang pendidikan.

“Saya tegaskan kita tidak harus bebankan guru kerana profesion perguruan ada keistimewaan dan berbeza dengan perkhidmatan awam lain.

“Profesion guru amat istimewa kerana mereka mendidik anak bangsa. Program ini akan memantapkan lagi perkhidmatan perguruan selain memberi impak lebih besar kepada bidang pendidikan negara,” katanya.

Sebelum ini, sejak Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong, awal bulan ini yang berkata, guru-guru di empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - akan bekerja sembilan jam sehari dibidas pelbagai pihak termasuk kesatuan guru dan pemimpin pembangkang.

Wee juga dilaporkan berkata apabila projek rintis itu meyakinkan dan kementeriannya dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah ia memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara.

Akhbar-akhbar jua melaporkan Muhyiddin, bagaimanapun berkata, projek rintis yang dimulakan di Melaka Tengah dan melibatkan 19 buah sekolah itu akan diteruskan seperti biasa.

Wednesday 9 November 2011

Lawatan ke pantai timur


MGB Daerah Muar akan menganjurkan lawatan penandaarasan ke Kelantan dan Terengganu pada 9 hingga 11 Disember 2011. Guru Besar yang berminat untuk menyertainya hendaklah menghubungi En Miswan bin Tori, GB SK Abdullah dengan kadar yang segera.

Tuesday 20 September 2011

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri MGB Muar 2011

Sambutan tersebut akan diadakan pada 27 September 2011 (Selasa) di SK Kota Raja, Panchor (tertakluk kepada pindaan) bermula jam 8.30 pagi.

Semua Guru Besar Sekolah daerah Muar dan Ledang adalah dijemput hadir.

Tuesday 13 September 2011

kursus


Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam, KPM
12 hingga 15 September 2011
Hotel Pelangi, Muar, Johor

Sila lihat gambar2 lain di sini.

Wednesday 7 September 2011

Pengisian instrumen KOMPAS


Kepada semua rakan GB, sila ambil tindakan daripada pesanan pihak IAB seperti di bawah ini;

"Sistem KOMPAS telah direset. Oleh itu bagi yg sudah mendaftar sebelum ini gunakan no KP dan kata laluan 12345678. Pohon dikemaskini maklumat peribadi yang lain jika berkaitan."

Terima kasih.

Tuesday 23 August 2011

Majlis Perhimpunan Pendidikan Daerah Muar Bil. 4/2011

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
Daerah Muar dan Ledang

Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut;

Tarikh: 25 Ogos 2011 (Khamis)
Masa Pendaftaran: 7.30 - 8.20 pagi
Tempat: Dewan Perdana Wawasan PPD Muar
Pengerusi: Tn Hj Ahmad bin Hj Othman (Pegawai Pelajaran Daerah Muar)

Sehubungan itu, tuan diwajibkan hadir dengan berpakaian batik. Sebarang pertanyaan, sila hubungi
En Najib bin Sipan di talian 013-6087531. Kerjasama dan tindakan selanjutnya daripada pihak tuan
diucapkan ribuan terima kasih.

Tuesday 16 August 2011

berbuka puasa

Program berbuka puasa sekolah-sekolah rendah daerah Muar-Ledang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:-

Tarikh: 17 Ogos 2011 (Rabu)
Masa : 5.45 ptg hingga 10.00 mlm
Tempat: SK Sungai Abong, Muar

Semua GB Sekolah Kebangsaan Daerah Muar-Ledang adalah dijemput hadir. Terima kasih.

Tuesday 9 August 2011

PROGRAM SENTUHAN KALBU


Semua GB SR Daerah Muar/Ledang (sekolah yang terlibat) sila bersedia untuk menerima kunjungan PPD atau TPPD atau Pegawai/Penyelia untuk program tersebut.

Sila lihat;

1. Jadual program sentuhan kalbu
2. Surat makluman

Saturday 6 August 2011

Program di sepanjang bulan Ogos

1. Majlis berbuka puasa dan solat hajat akan diadakan pada 17 Ogos 2011 (Rabu malam Khamis) di SK Sg Abong, Muar. Semua GB daerah Muar & Ledang dijemput hadir.

2. Perhimpunan Pendidikan Daerah Muar (Perhimpunan Bulanan PPD Muar) untuk bulan Ogos akan dikelolakan oleh MGB Daerah Muar dan dijangka akan diadakan pada 25 Ogos 2011 (Hari Khamis)

3. Program Sentuhan Kalbu (Program PPD bersama-sama calon UPSR) akan diadakan dalam masa terdekat dan surat makluman akan menyusul nanti. PPD/pegawai PPD akan pergi ke sekolah-sekolah yang telah disenaraikan untuk bertemu dengan calon-calon UPSR. Sebanyak 63 SK, 29 SJKC dan 4 SJKT yang akan terlibat.

DGA 38

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua GB dan pegawai di PPD Muar yang telah menerima kenaikan pangkat DGA 38. Selamat menjalankan tugas dan semoga sentiasa cemerlang!!!

Saturday 30 July 2011

Perutusan Pengarah JPN Johor

 

Pengetua & Guru Besar

Daerah Muar / Ledang

Sila muat turun & edar  bahan perutusan Pengarah Pelajaran Johor sempena Mesyt Ketua Sektor & PPD Johor Bil. 2/2011 kepada semua warga pendidikan di sekolah tuan.


Download this file (Perutusan Pengarah_MKSPPDBil2.20011_Batu Pahat(1).ppt)Perutusan Pengarah_MKSPPDBil2.20011_Batu Pahat(1).ppt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...