Wednesday, 7 June 2017

tn hj sanif meninggal


Berita terkini dgn izin en.Khairul Anuar Sanip:

Dimaklumkan bahawa Tuan Hj Sanip Suradi, mantan gb sk bakri batu 5, mantan Pengerusi MGB Kebangsaan telah kembali ke Rahmatullah pada jam 11:00 mlm tadi, 6/6/2017 di rumahnya di Jln Abd Rahman. (di sebelah Surau Pt Hj Baki).
Sebab kematian - sakit tua.
Urusan kebumi  - jam 10:00 pagi 7/6/2017

Harap maklum, Semoga Allah Rahmati dan Ampuni Allahyarham serta di tempatkan bersama-sama para sollehin. Aamiin.

Tk.
(ramona albakrim)

Saturday, 13 May 2017

Program Permuafakatan Bestari Bahasa Inggeris Gabungan


kekitaan bermula di sekolah

Mohamad Fahd Rahmat
fahd@hmetro.com.my

Muar: Semua tenaga pengajar di negara ini tanpa mengira jenis aliran atau sekolah kebangsaan perlu menyemai perpaduan dalam kalangan murid masing-masing bagi melahirkan masyarakat penyayang tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama.

Selain usaha tenaga pengajar, kementerian perlu mewujudkan subjek perpaduan bagi memupuk hubungan antara kaum di sekolah termasuk jenis aliran. Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, Mas’ood Idris berkata, "Subjek itu relevan kerana mampu menjadi teras kemajuan negara pada masa depan. Perpaduan berbagai bukan saja antara kaum, malah perlu ditentukan kaum itu sendiri. Jika dalam satu-satu kaum dia tidak boleh bersatu, sudah tentu lebih untuk mendapat kesepaduan dengan kaum lain."

“Semua pihak di pelbagai peringkat perlu memikirkan cara terbaik dan menentukan perpaduan sentiasa menjadi teras kemajuan negara terutama bagaimana mahu melaksanakannya di sekolah,” katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 5, semalam.

Sunday, 16 April 2017

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...