Masa Instruksional bermaksud sebagai masa yang
sebenarnya digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan.
Masa instruksional perlu dilindungi. Menurut Levin dan
Tsang (1987) melindungi masa instruksional (MMI) melibatkan 4 elemen :
a) Masa Persekolahan (Allocated schooling time) :
Jumlah masa murid hadir ke sekolah.
b) Masa Bilik Darjah (Allocated class time) :
Jumlah masa murid berada dalam kelas (tidak termasuk waktu rehat, pertukaran
kelas, waktu makan tengah hari dan lain-lain). Ia merupakan subkategori masa
persekolahan.
c) Masa Instruksional (Instructional time) :
Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional (tidak termasuk gangguan,
pergurusan rekod dan lain-lain)
d) Masa Pembelajaran Akademik (Academik learning
time) : Jumlah masa instruksional di mana murid memberi perhatian dan menerima
instruksion pada tahap penguasaan tertentu serta berlakunya pembelajaran
berkesan atau bermakna.
Sila baca lagi di sini
Terima kasih.
2 comments:
Cop,
Konsepnya adalah Back to Basic.
yeye, citer lama ni.....Tn Hj Sufaat Tumin yg menimbulkannya kembali kan
Post a Comment