Tuesday 11 August 2015

tidak perlu majlis sambutan besar2an

LANGKAWI: Pengurusan sekolah tidak perlu membuat majlis sambutan besar-besaran bersempena lawatan menteri ataupun pegawai tinggi kementerian, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata memadai diadakan majlis sambutan yang sederhana dan tidak melibatkan kos yang tinggi dan persediaan yang banyak sehingga menyebabkan pihak sekolah berasa tertekan dengan lawatan itu.

 "Sesuai dengan peredaran (masa) ... kami tak mahu bebankan sekolah kerana lawatan (menteri atau pegawai tinggi kementerian). Buat ala kadar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Kebangsaan ke-21 dan Persidangan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ke-33 di sini, hari ini.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...